The Father of Early Modern Medicine: Ibn Sina (Avicenna)

  

BIOGRAFI

Abu Ali Husain bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina atau lebih dikenali sebagai Ibn Sina merupakan salah satu tokoh falsafah Islam yang termasyhur. Beliau juga dikenali sebagai Avicenna oleh Barat yang berasal daripada bahasa Latin. Beliau dilahirkan pada tahun 370H (980 Masihi) di Afshanah, Uzbekistan dan beliau wafat pada tahun 428H di Hamadan, Iran ketika beliau berumur 58 tahun. 

Ibnu Sina & Falsafah Jiwa

RIWAYAT HIDUP

Sejak kecil lagi, Ibn Sina merupakan seorang kanak-kanak yang dikurniakan oleh Allah akal yang pintar dan cerdik. Perkara ini dapat dilihat ketika beliau mula mempelajari Al-Quran di usia 5 tahun dan telah berjaya menghafaz Al-quran menjelang umur 10 tahun. 

Ibn Sina menerima pendidikan awal di Bukhara di bawah seliaan bapa beliau. Beliau mempelajari ilmu tasawuf, feqah, tafsir dan usuludin di usia 10 tahun. Beliau juga menuntut di bawah bimbingan Abu Abdullah An-Natli yang mengajarnya ilmu Al-Quran, matematik, logik, sains fizik dan kaji bintang.

Ketika beliau mencapai usia 17 tahun, beliau berjaya mengubati Nuh Bin Mansur iaitu pengusaha daerah Bukhara yang menderita penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor ketika itu. Dengan kejayaan ini, Ibn Sina mula dikenali ramai dan mendapat sambutan daripada raja ketika itu dan diberikan kesempatan mengunjungi perpustakaannya yang dipenuhi dengan buku-buku yang sukar untuk ditemukan.

Pada usia 18 tahun, beliau telah menguasai logik, fizik, fiqh, sains dan matematik, sehingga tidak ada apa-apa lagi untuknya kecuali metafizik. Namun beliau lebih cendrung dan sangat meminati ilmu perubatan dan metafizik. Sehinggakan beliau menjadi terkenal sebagai seorang doktor dan ahli falsafah di Bukhara di usianya yang muda. Malah beliau tampil sebagai seorang pakar perubatan yang terulung dan mendapat gelaran Al-Syeikh Al-Rais (mahaguru pertama)

Pada usia 22 tahun, bapanya meninggal dunia. Musibah ini merupakan tamparan hebat baginya, sehingga beliau dengan berat hati meninggalkan Bukhara. Sejak itu, beliau sering mengembara ke beberapa kawasan seperti Jurjan, Hamdzan, dan Ishfahan.

Pada penghujung usia beliau, Ibn Sina bekerja sebagai guru falsafah dan doktor di Isfahan. Kemudian, menjelang usia 58 tahun, beliau menghidap penyakit yang tidak dapat diubati dan meninggal dunia.

Ibnu Sina: Cendekiawan Islam Yang Mengubah Dunia Perubatan Moden | Iluminasi



SUMBANGAN

Secara umum, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. 

  • Perubatan
     Dalam bidang perubatan, terdapat banyak sumbangan Ibn Sina yang dapat dilihat diantaranya, beliau memperkenalkan 7 peraturan dalam “clinical drug trials” serta menghasilkan 760 jenis ubat-ubatan berserta preskripsi dalam karyanya Al Qanun fi Al-Tibb. Selian itu beliau juga telah menemui pelbagai jenis penyakit yang masih wujud sehingga kini seperti cacar, campak, Rubella dan Meningitis. Hasil penemuan beliau yang lain adalah penemuan Parasit “Ancylostoma”, penemuan perkaitan mental dan psikologi dengan organ badan dan fungsinya dan penemuan punca atau kaedah penyebaran penyakit berjangkit. Ibn Sina juga merupakan manusia pertama yang membezakan dua kesan paralysis.

  • Geologi dan Kimia

Selain beliau banyak memberikan sumbangan dalam perubatan, Ibn Sina juga turut menyumbang dalam bidang geologi dan kimia. Karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim.

  • Astronomi 

Ibn sina menganggap astronomi matematik sebagai satu disiplin yang berasingan kepada astrologi. Beliau mengkritik pandangan Aristotle tentang bintang-bintang yang menerima cahaya mereka daripada Matahari, menyatakan bahawa bintang-bintang itu bercahaya sendiri, dan percaya bahawa planet-planet juga bercahaya sendiri. Beliau mendakwa telah memerhati Zuhrah sebagai titik di Matahari. Ini mungkin, kerana terdapat transit pada 24 Mei 1032, tetapi Ibn Sina tidak memberikan tarikh pemerhatiannya, dan sarjana moden telah mempersoalkan sama ada dia boleh memerhati transit dari lokasinya pada masa itu. Beliau mungkin tersilap bintik matahari sebagai Venus. Beliau menggunakan pemerhatian transitnya untuk membantu memastikan bahawa Zuhrah, sekurang-kurangnya di bawah Matahari dalam kosmologi Ptolemaic, iaitu sfera Zuhrah datang sebelum sfera Matahari apabila bergerak keluar dari Bumi dalam model geosentrik yang ada.


   Al-Qanun Fi Al-Tibb: Karya Klasik Ibnu Sina di Bidang Kedokteran - Suara  MuhammadiyahTransmigrasi Ilmu': Dari Dunia Islam ke Eropa (2) - Hidayatullah.com

Download Kitab As-Syifa' Karya Ibnu Sina [Lengkap 10 Jilid] | Galeri Kitab  Kuning


KARYA

Ibn Sina banyak menghasilkan karya dalam bentuk penulisan buku. Hasil karya beliau kebanyakkannya menggunakan bahasa Arab dan Parsi. Beliau dikatakan telah menulis sebanyak 116 karya buku dalam bidang perubatan manakala beliau menulis sebanyak 276 buah buku dalam bidang-bidang lain seperti falsafah, logik, astronomi, psikologi dan sebagainya. Berikut merupakan hasil karya Ibn Sina yang terkenal yang masih digunakan sehingga ke hari ini, antaranya:

  1. Al-Qanun Fi Al-Tibb (The Canon Of Medicine) – Merupakan karya termasyhur yang ditulis ketika berusia 21 tahun. Terdiri daripada 14 jilid dan dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.

  2. Al-Shifa’ – mengandungi 18 jilid. Terdiri daripada pelbagai ilmu seperti pertanian, psikologi, retorik dan syair.

  3. Al-Najat – Membicarakan persoalan falsafah

  4. Al-Isharat Wa Al-Tanbihat – Mengenai ketuhanan serta kemurnian hidup

  5. Al-Rasail – Mengenai ilmu biology, fizik, etika, astronomi, psikologi dan teologi

  6. Al-Mantiq – membincangkan ilmu logik

Comments

Popular posts from this blog

The Prince Of Muslim Travelers: Ibn Battuta

Hamka: Tokoh Ulama Nusantara