Posts

Showing posts from June, 2022

Infografik: Amalan Sunnah Rasulullah

Image
Sebagai seorang yang menganut dan mengamalkan ajaran Islam, kita berpegang kepada dua sumber utama dalam agama yakni Al Quran dan As Sunnah. Seperti yang kita maklum, Al Quran adalah kitab suci yang menjadi panduan sepanjang zaman oleh setiap muslim. Namun, tahukah anda apa itu sunnah? Sunnah menurut bahasa membawa maksud jalan manakala menurut istilah ulama hadis, sunnah dapat didefinisikan sebagai segala hal yang disandarkan kepada nabi, baik itu berupa perkataan, perbuatan, taqrir (ketetapan), mahupun sifat perangai atau sifat fizikal. Baik sebelum diutus menjadi nabi ataupun setelahnya. Jom kami kongsikan kepada anda beberapa amalan sunnah nabi yang mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.  

Jiran Nabi Musa Di Syurga

Image
Nabi Musa a.s. adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali baginda hendak bermunajat Nabi Musa akan naik ke bukit Tursina. Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.                                                  Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?" Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di sit...

Hamka: Tokoh Ulama Nusantara

Image
PENGENALAN Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah merupakan tokoh ulama yang tersohor di Nusantara. Ketokohan beliau turut dikenali di dunia Barat  menerusi undangan yang diterima oleh beliau ke Amerika Syarikat selama 4 bulan pada tahun 1957 dan nama beliau juga tidak asing lagi di negara- negara Timur. Hamka telah banyak menyumbang dalam bidang politik, agama, pendidikan dan sastera yang membawa perubahan terhadap pembangunan dan kelestarian ummah. Justeru wajar bagi kita generasi kini dan akan datang untuk menelusuri ketokohan Hamka bagi mengambil pengajaran daripada kisah perjuangan ulama terdahulu dalam menyebarkan dakwah serta kebaikan terhadap ummah. LATAR BELAKANG KEHIDUPAN Dilahirkan di Sungai Batang iaitu sebuah perkampungan kecil berdekatan Danau Maninjau, Sumatera Barat, Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA telah lahir pada 17 Februari 1908 bersamaan dengan 14 Muharram 1326 H. Beliau merupakan anak kep...

The Father of Early Modern Medicine: Ibn Sina (Avicenna)

Image
    BIOGRAFI Abu Ali Husain bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina atau lebih dikenali sebagai Ibn Sina merupakan salah satu tokoh falsafah Islam yang termasyhur. Beliau juga dikenali sebagai Avicenna oleh Barat yang berasal daripada bahasa Latin. Beliau dilahirkan pada tahun 370H (980 Masihi) di Afshanah, Uzbekistan dan beliau wafat pada tahun 428H di Hamadan, Iran ketika beliau berumur 58 tahun.  RIWAYAT HIDUP Sejak kecil lagi, Ibn Sina merupakan seorang kanak-kanak yang dikurniakan oleh Allah akal yang pintar dan cerdik. Perkara ini dapat dilihat ketika beliau mula mempelajari Al-Quran di usia 5 tahun dan telah berjaya menghafaz Al-quran menjelang umur 10 tahun.  Ibn Sina menerima pendidikan awal di Bukhara di bawah seliaan bapa beliau. Beliau mempelajari ilmu tasawuf, feqah, tafsir dan usuludin di usia 10 tahun. Beliau juga menuntut di bawah bimbingan Abu Abdullah An-Natli yang mengajarnya ilmu Al-Quran, matematik, logik, sains fizik dan kaji bintang. Ketika be...

Ibn Haytham

Image
Nama sebenar Ibn Haytham adalah Abu Ali al-Hasan ibn al-Hasan ibn al-Haytham. Beliau telah dilahirkan di Basra pada 965 Masihi  dan meninggal dunia pada 1040 Masihi di Kaherah. Beliau merupakan seorang ahli sains dan polymath (pelbagai bidang matematik) Muslim. Beliau juga terkenal sebagai Bapa Optik Moden. Beliau sering dikenali sebagai Ibn Al-Haytham dan kadangkala sebagai al-Basri bersempena tempat kelahirannya di bandar Basra. Beliau juga dikenali dengan nama gelaran Ptolemaeus Secundus atau nama ringkas “ Si Ahli Fizik ” di Eropah Zaman Pertengahan. Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan hebat di dalam banyak kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan telah mendapat pendidikan di Basra dan Baghdad. Ibn Al-Haitham membuat sumbangan besar dalam bidang optik, dan juga bidang-bidang fizik, ilmu falak, mat...

The Prince Of Muslim Travelers: Ibn Battuta

Image
  BIODATA TOKOH: Abu Abdullah Muhammad Ibn Abdullah al-Lawati al-Tanji Ibn Battutah atau lebih dikenali dengan gelaran Ibn Battuta merupakan seorang pengembara dan penjelajah yang tidak kurang hebatnya dengan Marco Polo, Vasco da Gama mahupun Christopher Columbus. Ibn Battuta merupakan seorang yang berbangsa Berber, iaitu salah satu daripada suku kaum orang Afrika Utara di Lembah Nil, yang tersebar secara meluas di Atlantik ke  Oasis Siwa  di  Mesir , dari  Mediterranean  ke  Sungai Niger . Beliau dibesarkan di Tangier, Maghribi (Morocco) oleh keluarga yang telah menghasilkan banyak hakim-hakim Muslim yang terkenal. Oleh kerana itu, Ibn Battuta telah menerima pendidikan awal berkenaan perundangan dan sastera di kampung halamannya.  Walaupun Ibn Battuta lebih terkenal sebagai seorang penjelajah dan pengembara, beliau juga merupakan seorang cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki serta pernah berkhidmat sebagai qadi atau hakim. Pada usia 21 tahun...