Ibn Haytham


Nama sebenar Ibn Haytham adalah Abu Ali al-Hasan ibn al-Hasan ibn al-Haytham. Beliau telah dilahirkan di Basra pada 965 Masihi  dan meninggal dunia pada 1040 Masihi di Kaherah. Beliau merupakan seorang ahli sains dan polymath (pelbagai bidang matematik) Muslim. Beliau juga terkenal sebagai Bapa Optik Moden. Beliau sering dikenali sebagai Ibn Al-Haytham dan kadangkala sebagai al-Basri bersempena tempat kelahirannya di bandar Basra. Beliau juga dikenali dengan nama gelaran Ptolemaeus Secundus atau nama ringkas “ Si Ahli Fizik ” di Eropah Zaman Pertengahan. Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan hebat di dalam banyak kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan telah mendapat pendidikan di Basra dan Baghdad. Ibn Al-Haitham membuat sumbangan besar dalam bidang optik, dan juga bidang-bidang fizik, ilmu falak, matematik, oftalmologi, falsafah, persepsi penglihatan, dan kaedah saintifik. Beliau juga menulis ulasan berwawasan terhadap karya-karya Aristotle, Ptolemy, dan ahli matematik purba Yunani, Euclid.

Antara karya hebat yang telah dihasilkan oleh Ibn Haytham adalah sebuah kitab yang bernama Manazir. Karya ini adalah karya Ibn Haytham yang paling masyhur yang mempunyai tujuh jilid berkaitan dengan optik. Kitab al-Manazir telah dihasilkan dari tahun 1011 ke 1021 M. Manazir telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh seorang sarjana kira-kira pada penghujung abad ke-12 ataupun awal abad ke-13. Terjemahan ini dicetak oleh Friedrich Risner dalam tahun 1572, dengan tajuknya yang bermaksud “Optik yang Sangat Bernilai : Tujuh buku Alhazeni si Arab”. Karya ini mendapat sanjungan tinggi dalam Zaman Pertengahan. Karya-karya al-Haitham tentang subjek-subjek geometri dijumpai dalam Bibliotheque nationale de Paris dalam tahun 1834 oleh EA Sedillot. Manuskrip-manuskrip lain disimpan di Perpustakaan Bodleian di Oxford dan di dalam perpustakaan Leiden.


Gambar Prinsip Archimedes di dalam kitab Al-Manazir


Selain itu, Ibn Haytham juga banyak telah menyumbang dalam perkembangan ilmu sains dan matematik. Antaranya adalah seperti teori hukum pembiasan, teori penglihatan, teori kanta cembung dan kanta cekung dan teori biasan cahaya. Sumbangan Ibnu Haytham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haytham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah “dicuri” dan “diceduk” oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haytham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haytham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

Kesimpulannya, Ibn Al-Haytham telah terlibat dalam memberi pelbagai sumbangan sama ada dalam aspek sains, astronomi dan juga teknologi. Beliau juga telah menjadi tonggak yang penting semasa zaman kegemilangan Islam pada pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Kejayaan beliau dalam mempelopori bidang ilmu yang baharu seperti bidang optik dan geometri sfera telah menjadi panduan bagi ahli sains pada zaman berikutnya untuk lebih mendalami bidang tersebut seperti sebagaimana saintis barat telah berjaya mencipta teleskop dan mikroskop hasil daripada penemuan Ibn Al-Haytham berkaitan dengan konsep pembiasan dan pantulan cahaya. Maka, jelaslah bahawa tokoh-tokoh Islam ini telah banyak membuka dimensi baharu terhadap kemajuan teknologi dan sains pada hari ini. 



Comments

Popular posts from this blog

The Father of Early Modern Medicine: Ibn Sina (Avicenna)

The Prince Of Muslim Travelers: Ibn Battuta

Hamka: Tokoh Ulama Nusantara